Tapi apakan daya, kata-kata semangat itu tidak dapat menghilangkan rasa sakit yang teramat la sangat.. Menangis jer la yang aku mampu buat. Pukul 10 pagi, mak aku dah tercegat depan pintu umah, almaklumla, bakal menimang cucu pertama, risaunya lain macam. tapi mak aku pun tak tau nak buat apa cuma bole tolong urut-urut belakang je bagi hilang sakit pastu bising-bising suruh aku pegi hospital balik. Bukan tak nak pegi hospital balik tapi takut kene suruh balik lagi, lagi rasa down kang.. Baiklah aku tunggu dulu..
Pukul 5.30 petang, tahap kesakitan telah membuat aku sampai terpaksa bergayut kat tingkap bilik, huhu.. Mr Asben terus ajak pegi hospital balik. Sampai hospital, check, baru bukak 2 cm jer..yer, 2 cm sahaja..Masa tu tuhan jer yang tau perasaan tu macam mana..Aku punya sakit gegila ni, baru 2 cm jer dia bukak.. Waaa memang menangis lagi la time tu tapi nasib baik nurse suruh tahan wad. Agaknya sebab die tengok contraction aku teruk kot. Selesai urusan masuk wad semua dalam pukul 9 malam macam tu. Rupenya masuk wad lagi tension.Ye la, tak de sesape pun bole teman kan. tanggung la sakit sengsorang sampai pagi ok. Kejap-kejap suruh nurse check tapi macam xde bukaan lagi..
Pagi tu dalam pukul 8, macam biasala doktor pakar datang check, tanya condition semua. Dalam pukul 10 macam tu, ada doktor pelatih 2 orang, sorang laki, sorang pompuan, suruh masuk bilik pemeriksaan, nak check bukaan katanya. Masa tu ingatkan doktor pompuan yang akan check, rupenya doktor pelatih laki gemuk bodoh tu yang check. Nak tau kenapa saya cakap macam tu? Sebabnya dia check SANGATLA SAKIT + GANAS + KASAR NAK MATI.. Pastu bila aku jerit-jerit cakap sakit, ko tau apa dia jawab, "Saya nak tolong awak cepat bukak ni".. KEPALA OTAK KO LA DOKTOR!!! Nurse2 tu check takde rasa sakit pun.kenapa yang ko lak check sakit macam nak terkoyak aku punya tuuut.. HARAM JADAH betul doktor tu.. PENGAJARAN DI SINI, SILA LA REQUEST DOKTOR PEREMPUAN LEPAS NI..
Eh, macam dah terpanjang lk entry ni..Tak pe la, nenanti sambung lagi..Kasi tengok gambar budak kecik tu..
Day 1, Hidung ada kemek di situ, Anak bapak, hehehe |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan