Khamis, 5 November 2015

TV KU ROSAK DISAMBAR KILAT

Buat pertama kalinya dalam sejarah,rumah kene sambar petir.. Takde le kene sambar petir yang hbs terbakar rumah tu, tapi kene trip dekat elektrik dalam rumah..  Waaa nak nangis rasanya...

Ceritanya macam ni, balik-balik umah, nak pasang lampu,sekali lampu tak bole bukak.. Ingatkan memang tengah talde elektrik,sekali tengok umah jiran,eh!ade lampu la.. kenapa rumah aku je yang takde ni.. Menggelupur pegi bgtau kat cik somi yang masa tu ngah parking kete.Cik somi msk umah cek la yg kotak suis besar tu,tengok ade suis tendang..Pastu cik somi cakap mungkin tadi sebab hujan lebat sangat.. Ade la tu kat taman tu elektrik shot sikit ke apa ke.. So,buat lek je la kan.. Sekali en somi bukak tv, eh apsak kuar kaler biru je ni.. Skybox pun tak nyala..Alamak!!Streamyx pun tak hidup..Ha sudah.. Check punya check, sekali confirm kene kilat.. dan semua barang tu guna extention wyre yang sama.. tu yang sume kene sekali.. Mslhnya suis memang tutup tiap hari sebelum pegi keje, cuma tak cabut je suis tu.. Tak ku sangka pun boleh kene.. Waaa!!!! Nak nangis rasa tapi tak keluar pulak air mata..

So,kepada sesapa yang baca ni(kalau ade la yang baca,hahahahah), cabutla suis dalam rumah sebelum pegi keje.. Jangan jadi macam saya.sob..sob...sob..

Selasa, 3 November 2015

MENJADI IBU ANAK DUA

Menjadi ibu anak sorang memang berbeza sangat dengan ibu anak 2.. Masa mengandung anak pertama, segalanya kita jaga..Dari masa mengandung sampai dah beranak dan menjaga anak..Semua kita ambil berat.. En google sentiasa jadi buku rujukan pertama untuk cari maklumat.. Macam mana perkembangan anak dalam perut masa minggu ke minggu.. Apa boleh makan,apa tak boleh makan..Lepas tu, bersalin pulak macam mana.. Dah bersalin, macam mena perkembangan anak normal dari hari ke hari.. Yer, aku memang minah google,haha.. tapi takde la amik satu benda tu bulat-bulat..Aku akan bukak dari satu page ke satu page.. Buat comparison, tengok mana yang elok mana yang tak, baca komen orang.. Tapi takde la sepanjang masa mengadap kan.. Cuma bila ade perkara yang tak jelas atau nak tau,memang aku rujuk mr google..

Lepas tu bila membesarkan anak, sakit sikit pun kita dah risau.. Kalau boleh nyamuk tu pun kita tak nak anak kita kene gigit.  Kalau dia gigit, kita punya berjaga nak cari nyamuk tu,bukan main lagi.. Lepas tu bila dah dapat tepuk nyamuk tu,dia punya kepuasan bukan main lagi.. Hari-hari nak tangkap gambar anak, nak buat video anak.. Tapi bila mengandung anak no 2, kita dah mula rileks, buat tak tahu jer.. Barang anak pun dah hujung-hujung baru nak carik.. Nama anak lagi la, dah beranak baru nak pikir nak letak nama apa,kejam kan,hahahaha... Masa lepas bersalin anak no 2, semua masih ok.. Nak pertama pun behave.. Kita pun ok ajer.. Buat lek lek jer   Rasa macam,waaaa sonoknya ade anak 2...

Cabaran sebenar ibu beranak dua ni bermula bila anak no 2 dah mula pandai meniarap.. Masa tu kita mula bagi attention lebih pada dia.. Kita akan selalu main dengan dia.. Baby masa ni dah start rasa sweet muit gitu.. kita rasa dia comel sangat.. lebih-lebih lagi bila dah pandai merangkak.. dah pandai main.. Masa ni la anak yang first tanpa kita sedar mula nak tarik perhatian kita sebab kita dah lebih pada adik dia.. Mula la dia buat perangai . Menjerit la, carik gaduh dengan adik la.. Kita pun mula selalu nak marah dia.. Sebab bagi kita yang besar kene beralah dengan yang kecik.. Tapi kita tak sedar yang bila kita buat macam tu, Yang besar akan mula membenci adiknya.. Akan mula memberontak, mula membuat perangai yang lagi buat kita sakit hati ...

Dulu, masa mula-mula kakak buat perangai,aku memang selalu nak hangin je dengan dia.. Nak marah selalu..yer la, kita ni siang keje,bila balik tengok dia buat perangai ... Satu hari tu macam terdetik dalam hati,kenapa dia jadi macam tu..Sebab sebelum ni, dia anak yang sangat behave.. Even, atuk ngan opah pun puji dia bagus compare dengan cucu yang lain.. Borak-borak ngan en husband, husband bgtau sebab awak selalu marah dia... Pastu en husband cakap jangan marah dia, pastu asyik menangkan adik jer.. Kene tengok sapa yang salah .. sebab selain nak bagi kakak tau kita ni sayang dia juga, supaya adik tak naik lemak.. Kene educate dua-dua sekali sama rata.. yang salah tetap salah walaupun adik.. Cth, kakak tengan main satu mainan ni, tetiba adik datang rampas, pastu mula la berebut kan.. Biasanya kita akan cakap,'kakak bagi je la adik main..beralah sikit dgn adik tu,adik kan kecik'.. Sebenarnya pendekatan tu salah, kita sepatutnya ambil balik mainan tu dan serah pada kakak dan tegur adik supaya belajar meminta jangan merampas, cth la: ' Adik, tak baik rampas barang orang, kalau nak, minta baik-baik'.lepas tu kita cakap dekat kakak ' kakak, bole tak bagi adik main kejap,nanti adik pulangkan balik,bole tak kakak?'. Mula-mula memang hati anak keras, tak nak bagi tapi selagi kita berlembut insyaAllah lama-lama mereka pun akan berlembut.InShaaAllah..

Lepas tu, jangan tunjuk sayang lebih kat adik depan kakak.. Kalau nak peluk cium,peluk la dua2 sekali.. Ni la salah aku paling besar.. Bila kakak meningkat besar, aku semakin kurang nak sayang2 dia, peluk dia.. Aku lebih kepada adik.. Yer la, budak masa umur bawah 3 tahun kan sedap nak gomol-gomol dan peluk.. Lagi pulak adik badan gebu,kakak kurus,lagi la suka peluk adik . Tapi ni semua dah timbulkan perasaan cemburu pada kakak dia..  Aku perasan bila aku peluk adik dia, dia pandang jer.. Sedih pulak pikir.. Sekarang aku tgh ajar,kalau peluk adik,mesti peluk kakak jugak..Aku cuba, dengan harapan kakak tak lagi rasa cemburu dengan adik..dan yes, perubahan tu aku dah nampak,Alhamdulillah..tapi masih banyak yang aku kene buat sebab aku dah leka dekat 2 tahun.. Sekarang kakak dah 5 tahun..adik nak masuk 3 tahun.. Doakan aku bole bimbing anak-anak aku dalam keluarga yang penuh dengan kasih sayang .Aminnn.....
Dua beradik yang time baik bole peluk cium, time gaduh, dh macam wwe dah,hahah...