Khamis, 5 November 2015

TV KU ROSAK DISAMBAR KILAT

Buat pertama kalinya dalam sejarah,rumah kene sambar petir.. Takde le kene sambar petir yang hbs terbakar rumah tu, tapi kene trip dekat elektrik dalam rumah..  Waaa nak nangis rasanya...

Ceritanya macam ni, balik-balik umah, nak pasang lampu,sekali lampu tak bole bukak.. Ingatkan memang tengah talde elektrik,sekali tengok umah jiran,eh!ade lampu la.. kenapa rumah aku je yang takde ni.. Menggelupur pegi bgtau kat cik somi yang masa tu ngah parking kete.Cik somi msk umah cek la yg kotak suis besar tu,tengok ade suis tendang..Pastu cik somi cakap mungkin tadi sebab hujan lebat sangat.. Ade la tu kat taman tu elektrik shot sikit ke apa ke.. So,buat lek je la kan.. Sekali en somi bukak tv, eh apsak kuar kaler biru je ni.. Skybox pun tak nyala..Alamak!!Streamyx pun tak hidup..Ha sudah.. Check punya check, sekali confirm kene kilat.. dan semua barang tu guna extention wyre yang sama.. tu yang sume kene sekali.. Mslhnya suis memang tutup tiap hari sebelum pegi keje, cuma tak cabut je suis tu.. Tak ku sangka pun boleh kene.. Waaa!!!! Nak nangis rasa tapi tak keluar pulak air mata..

So,kepada sesapa yang baca ni(kalau ade la yang baca,hahahahah), cabutla suis dalam rumah sebelum pegi keje.. Jangan jadi macam saya.sob..sob...sob..

Selasa, 3 November 2015

MENJADI IBU ANAK DUA

Menjadi ibu anak sorang memang berbeza sangat dengan ibu anak 2.. Masa mengandung anak pertama, segalanya kita jaga..Dari masa mengandung sampai dah beranak dan menjaga anak..Semua kita ambil berat.. En google sentiasa jadi buku rujukan pertama untuk cari maklumat.. Macam mana perkembangan anak dalam perut masa minggu ke minggu.. Apa boleh makan,apa tak boleh makan..Lepas tu, bersalin pulak macam mana.. Dah bersalin, macam mena perkembangan anak normal dari hari ke hari.. Yer, aku memang minah google,haha.. tapi takde la amik satu benda tu bulat-bulat..Aku akan bukak dari satu page ke satu page.. Buat comparison, tengok mana yang elok mana yang tak, baca komen orang.. Tapi takde la sepanjang masa mengadap kan.. Cuma bila ade perkara yang tak jelas atau nak tau,memang aku rujuk mr google..

Lepas tu bila membesarkan anak, sakit sikit pun kita dah risau.. Kalau boleh nyamuk tu pun kita tak nak anak kita kene gigit.  Kalau dia gigit, kita punya berjaga nak cari nyamuk tu,bukan main lagi.. Lepas tu bila dah dapat tepuk nyamuk tu,dia punya kepuasan bukan main lagi.. Hari-hari nak tangkap gambar anak, nak buat video anak.. Tapi bila mengandung anak no 2, kita dah mula rileks, buat tak tahu jer.. Barang anak pun dah hujung-hujung baru nak carik.. Nama anak lagi la, dah beranak baru nak pikir nak letak nama apa,kejam kan,hahahaha... Masa lepas bersalin anak no 2, semua masih ok.. Nak pertama pun behave.. Kita pun ok ajer.. Buat lek lek jer   Rasa macam,waaaa sonoknya ade anak 2...

Cabaran sebenar ibu beranak dua ni bermula bila anak no 2 dah mula pandai meniarap.. Masa tu kita mula bagi attention lebih pada dia.. Kita akan selalu main dengan dia.. Baby masa ni dah start rasa sweet muit gitu.. kita rasa dia comel sangat.. lebih-lebih lagi bila dah pandai merangkak.. dah pandai main.. Masa ni la anak yang first tanpa kita sedar mula nak tarik perhatian kita sebab kita dah lebih pada adik dia.. Mula la dia buat perangai . Menjerit la, carik gaduh dengan adik la.. Kita pun mula selalu nak marah dia.. Sebab bagi kita yang besar kene beralah dengan yang kecik.. Tapi kita tak sedar yang bila kita buat macam tu, Yang besar akan mula membenci adiknya.. Akan mula memberontak, mula membuat perangai yang lagi buat kita sakit hati ...

Dulu, masa mula-mula kakak buat perangai,aku memang selalu nak hangin je dengan dia.. Nak marah selalu..yer la, kita ni siang keje,bila balik tengok dia buat perangai ... Satu hari tu macam terdetik dalam hati,kenapa dia jadi macam tu..Sebab sebelum ni, dia anak yang sangat behave.. Even, atuk ngan opah pun puji dia bagus compare dengan cucu yang lain.. Borak-borak ngan en husband, husband bgtau sebab awak selalu marah dia... Pastu en husband cakap jangan marah dia, pastu asyik menangkan adik jer.. Kene tengok sapa yang salah .. sebab selain nak bagi kakak tau kita ni sayang dia juga, supaya adik tak naik lemak.. Kene educate dua-dua sekali sama rata.. yang salah tetap salah walaupun adik.. Cth, kakak tengan main satu mainan ni, tetiba adik datang rampas, pastu mula la berebut kan.. Biasanya kita akan cakap,'kakak bagi je la adik main..beralah sikit dgn adik tu,adik kan kecik'.. Sebenarnya pendekatan tu salah, kita sepatutnya ambil balik mainan tu dan serah pada kakak dan tegur adik supaya belajar meminta jangan merampas, cth la: ' Adik, tak baik rampas barang orang, kalau nak, minta baik-baik'.lepas tu kita cakap dekat kakak ' kakak, bole tak bagi adik main kejap,nanti adik pulangkan balik,bole tak kakak?'. Mula-mula memang hati anak keras, tak nak bagi tapi selagi kita berlembut insyaAllah lama-lama mereka pun akan berlembut.InShaaAllah..

Lepas tu, jangan tunjuk sayang lebih kat adik depan kakak.. Kalau nak peluk cium,peluk la dua2 sekali.. Ni la salah aku paling besar.. Bila kakak meningkat besar, aku semakin kurang nak sayang2 dia, peluk dia.. Aku lebih kepada adik.. Yer la, budak masa umur bawah 3 tahun kan sedap nak gomol-gomol dan peluk.. Lagi pulak adik badan gebu,kakak kurus,lagi la suka peluk adik . Tapi ni semua dah timbulkan perasaan cemburu pada kakak dia..  Aku perasan bila aku peluk adik dia, dia pandang jer.. Sedih pulak pikir.. Sekarang aku tgh ajar,kalau peluk adik,mesti peluk kakak jugak..Aku cuba, dengan harapan kakak tak lagi rasa cemburu dengan adik..dan yes, perubahan tu aku dah nampak,Alhamdulillah..tapi masih banyak yang aku kene buat sebab aku dah leka dekat 2 tahun.. Sekarang kakak dah 5 tahun..adik nak masuk 3 tahun.. Doakan aku bole bimbing anak-anak aku dalam keluarga yang penuh dengan kasih sayang .Aminnn.....
Dua beradik yang time baik bole peluk cium, time gaduh, dh macam wwe dah,hahah...

Jumaat, 30 Oktober 2015

PERANGAI ORANG


Zaman sekarang ni kalau dipikirkan balik segalanya-galanya terbalik sekarang.. Yang jahat disanjung, yang alim dikeji, yg rajin dipandang sepi, yang malas di puji-puji.. Kalau dulu orang panggil kaki ampu kipas bos.. Skang dah canggih, tak main dah kipas2 ni..pakai aircond terus katanya.. Dulu selalu terpikir kenapa bila kita yang selalu buat keje ni,selalu kene marah dengan bos.. Lepas tu, yang duduk saje, takde kene marah pun.. Sakit hati jugak.. Lama-lama baru paham.. Dia tak kene marah sebab takde apa bos nak marah..tak buat keje kan.. Biarla kita kene marah sekarang, mksdnya kita menjalankan ibadah kita dgn betul..Kita bekerja.. Nanti di Akhirat balasannya..

Kalau dulu selalu berprasangka, fikir yang buruk, perasaan dengki dan iri hati selalu je terjah dalam hati tapi apa yang aku dapat..Sakit sendiri.. Org yang kita dengki pulak,bahagia je dia.. So, buat apa kita nak sakitkan hati kita.. Sepatutnya kita kene sayang diri kita..Macam mana nak sayang? Caranya buang segala benda yg boleh sakitkan diri kita.. Sakitkan diri ni bukan pada fizikal je tapi pada emosi,hati.. Bila kita marah, dengki, cemburu,iri hati, otak mula memproses benda-benda tak perpaedah tanpa henti.. perasaan sakit ni akan diturunkan ke hati.. Akhirnya badan rasa penat,lesu.. Nak buat apa penatkan badan fikir hal orang.. Hal sendiri pun banyak tak habis fikir.. Lantakkan ajer orang nak kata apa, bukan dia bole tolong kita masa kita susah nanti.. Pucuk pangkal kita yang kene jaga diri sendiri.. Jaga hati, belai diri kita, buat apa yang kita rasa betul(kecuali kalau benda tu mmg betul salah cth bunuh diri,jgnla pulak ko buat wlaupun ko rasa ko betul) Fikir dengan waras,In Shaa Allah ko akan rasa lebih bahagia sebab ini yang aku buat sekarang walaupun perasaan jahat tu masih wujud jugak sekarang, dah nama pun pompuan kan tapi aku cuba bermuhasabah diri.. Cuba berbalik pada diri sendiri..  So, kesimpulannya, lantak la org nak buat apa, Ko jaga je diri ko sendiri..Tak yah sibuk hal org...

Apa la aku merepek.. K la bye( gaya dato' terlajak laris)


Selasa, 27 Oktober 2015

BORAK KOSONG

Ermmm..

Lama tak berblog.. Sbb tak tau nak tulis apa.. Konon nak jadikan blog tempat release tension tapi ntahle.. tak pandai nak menulis.. Ni pun sbb nak bercakap, tp tak tau kat sapa,hmmmm....

Dulu pun pernah nak tulis diari tp kejap je la sbb tak tau nak tulis apa,hahaha... tak reti la nak bermadah 'Hari ni aku bangun pukul 7, dah terlambat pulak' hahaha... dah mcm cerpen pulak kan..Aku ni tak ramai kawan sbb bila berkawan, kadang tak tau nak ckp apa, tak tau nak berlawak,tak tau nak ambil hati.. Jenis kalau gurau,kasar.. Sebab tu ramai pompuan tak suka kat aku kot... Ada ramai kawan laki tp skang dah ade laki yg cemburu ada sikit kuat so dah tak bape bole nak bergaul,hahaha.. so, tinggal la aku terkontang kanting sengsorang.. Bila susah ke senang ke takde org bole kongsi.. Mmg la org kata kongsila ngan laki..laki kan ade.. tapi, ade masa kita nak ade ruang untuk kita.. ruang untuk kita bebaskan apa ade dalam diri kita.. Ruang untuk kita rasa sedikit kebebasan dan kebebasan tu hanya milik kita tanpa laki tau.. ade cerita ade perasaan yg kadang kita pendam tp takde sape nak dengar.. Bila semakin dipendam,perasaan tu jadi racun dalam diri.. Sedikit sedikit dia menusuk je dalam hati, tunggu masa nak meletup jer,hmmmm....

2.03 petang
Khamis
Dalam Komuter


Rabu, 10 Oktober 2012

PENGALAMAN BERSALIN ANAK PERTAMA - PART 2

OK!! Sekarang mari kita sambung cerita hari tu..Paginya sampai umah tak bole tido dah sebab menahan sakit yang teramat.. Dalam pukul 8 lebih camtu, telefon mak nangis2, cerita apa yang berlaku..sakit wooo sebab die takde turun tanda apa pun.. sakit jer tetiba macam tu.. Kawan-kawan pun start calling2 tanya kabar semua and yes they are very helping and supporting.. Kebetulan kawan-kawan rapat semua dah ada pengalaman kan so diorang memang sangatlah membantu.

Tapi apakan daya, kata-kata semangat itu tidak dapat menghilangkan rasa sakit yang teramat la sangat.. Menangis jer la yang aku mampu buat. Pukul 10 pagi, mak aku dah tercegat depan pintu umah, almaklumla, bakal menimang cucu pertama, risaunya lain macam. tapi mak aku pun tak tau nak buat apa cuma bole tolong urut-urut belakang je bagi hilang sakit pastu bising-bising suruh aku pegi hospital balik. Bukan tak nak pegi hospital balik tapi takut kene suruh balik lagi, lagi rasa down kang.. Baiklah aku tunggu dulu..

Pukul 5.30 petang, tahap kesakitan telah membuat aku sampai terpaksa bergayut kat tingkap bilik, huhu.. Mr Asben terus ajak pegi hospital balik. Sampai hospital, check, baru bukak 2 cm jer..yer, 2 cm sahaja..Masa tu tuhan jer yang tau perasaan tu macam mana..Aku punya sakit gegila ni, baru 2 cm jer dia bukak.. Waaa memang menangis lagi la time tu tapi nasib baik nurse suruh tahan wad. Agaknya sebab die tengok contraction aku teruk kot. Selesai urusan masuk wad semua dalam pukul 9 malam macam tu. Rupenya masuk wad lagi tension.Ye la, tak de sesape pun bole teman kan. tanggung la sakit sengsorang sampai pagi ok. Kejap-kejap suruh nurse check tapi macam xde bukaan lagi..

Pagi tu dalam pukul 8, macam biasala doktor pakar datang check, tanya condition semua. Dalam pukul 10 macam tu, ada doktor pelatih 2 orang, sorang laki, sorang pompuan, suruh masuk bilik pemeriksaan, nak check bukaan katanya. Masa tu ingatkan doktor pompuan yang akan check, rupenya doktor pelatih laki gemuk bodoh tu yang check. Nak tau kenapa saya cakap macam tu? Sebabnya dia check SANGATLA SAKIT + GANAS + KASAR NAK MATI.. Pastu bila aku jerit-jerit cakap sakit, ko tau apa dia jawab, "Saya nak tolong awak cepat bukak ni".. KEPALA OTAK KO LA DOKTOR!!! Nurse2 tu check takde rasa sakit pun.kenapa yang ko lak check sakit macam nak terkoyak aku punya tuuut.. HARAM JADAH betul doktor tu.. PENGAJARAN DI SINI, SILA LA REQUEST DOKTOR PEREMPUAN LEPAS NI..

Eh, macam dah terpanjang lk entry ni..Tak pe la, nenanti sambung lagi..Kasi tengok gambar budak kecik tu..


Day 1,
Hidung ada kemek di situ, Anak bapak, hehehe