Khamis, 10 Mei 2012

PERIKEMANUSIAAN!!

Pelik sangat ngan dunia skang ni.. Macam-macam bende yang diluar jangkauan kite berlaku. Antaranya budak umur baru 21 hari, kene rogol dengan bapa sendiri.. Ntah ape yang laki bangang tu pk pun aku x tau.. Pastu semalam keluar lk video sorg budak kene dera ngan mak die.. Sian anak -anak kecil ni yang masih x mengerti apa-apa.. Tau kah kamu2 yang berhati binatang ni, apa lah yang budak sekecil itu tau selain dari menangis? menangis la care diorg nak mengekspresikan ape yang diorang rasa, samaada sakit ke lapar ke, mane le budak tu pandai nak berkata-kata.. kang kalu budak sebesar tu dah bole bercakap, korang pulak terus kojol terkejut.

Tidak ada perasan simpati kah kamu ini pada seorg budak sekecil itu yang menangis sebegitu sekali..  Tidak adakah rasa sayang walau sekelumit ke atas seorg anak yang lahir dari darah daging kamu sendiri. Apa yang kamu fikirkan? Apa yang HATI kamu rasakan? Sedangkan kami yang melihat ini sudah merasa beban yang teramat sangat melihat penderitaan anak kecil itu, tidakkah kamu juga merasai bende yg sama? Dimanakah perikemanusiaan kamu?

Ya Allah, kau lindungilah anak-anak kecil di dunia ini? Kau jauhkanlah mereka dari kesengsaraan oleh umatmu sendiri Ya Allah. Kau berikanlah pelindungmu agar anak-anak kecil dapat merasai kebahagian diduniamu ini, Ya allah. Seandainya mereka ini terseksa, kau tariklah nyawa mereka agar mereka tidak terus terseksa, Ya Allah.mungkin itu adalah terbaik untuk mereka, namun ku tau Kau lebih mengetahui, Ya Allah. Amin, Amin Ya Robbila'lamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan